Pelaksanaan Program Perkhidmatan Sejagat (USP) bertunjangkan Polisi Komunikasi dan Industri Multimedia Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 1998).
USP dilaksanakan secara usaha sama antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan juga MAXIS. Matlamat utamanya ialah untuk mendekatkan liputan digital antara masyarakat bandar dan desa.
Fokus utamanya untuk memperkasa kelompok masyarakat desa menerusi penjanaan pengetahuan menerusi ruang minda dan teknologi.
- Jurang teknologi – Prasarana komunikasi menerusi penyediaan pelbagai teknologi menggunakan Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) dan Very Small Aperture Satellite Terminal (VSAT)
|
|
- Ruang minda – Masyarakat luar Bandar dan pedalaman diberi latihan dan kemahiran ICT berdasarkan program kesedaran, penyertaan dan pengukuhan.
Di bawah Program USP 1 – USP 4, Kemudahan asas untuk lokasi-lokasi yang dipilih telah disempurnakan seperti peralatan komputer yang dilengkapi kemudahan internet, pencetak dan pengimbas di samping pengetahuan dan kemahiran berkaitan komputer.
Di bawah USP 5 pula, pengisian kandungan tempatan kepada portal yang terlibat diberi lebih penekanan. Pada masa sama pelbagai aplikasi yang memberi manfaat dan pengetahuan bertujuan memperkaya pengguna luar. |